Program Intervensi Semangat dan Motivasi FBKT

Program intervensi bagi meningkatkan motivasi dan semangat pelajar telah menjadi satu program tradisi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli pada setiap tahun. Pada 3 November 2021, program intervensi telah berlangsung secara atas talian dengan menglibatkan Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah sebagai panel jemputan, Dr. Ainihayati Binti Abdul Rahim sebagai panel dalaman, Ts. Mohd Sukhairi Bin Mat Rasat sebagai moderator, para penasihat akademik FBKT dan 30 orang pelajar terpilih di FBKT.

Program ini adalah bertujuan mendorong pelajar dalam pencapaian akademik di mana ianya menjadi kriteria utama dalam pembangunan seseorang pelajar. Program ini mempersiapkan pelajar dengan cara-cara belajar, pemantapan akhlak, serta menerangkan halatuju sebenar sebagai seorang pelajar. Program ini juga memberi peluang pelajar berinteraksi secara atas talian bersama panel, moderator dan juga penasihat akademik masing-masing secara atas talian. Program seperti ini dapat memberi dorongan motivasi kepada para pelajar untuk mengukuhkan kecemerlangan akademik dalam diri mereka  dan seterusnya dapat memberi satu anjakan kearah pembentukan pelajar  yang holistik.

Dr Azfi Zaidi bin Mohammad Sofi